Tuesday, June 11, 2013

EJAKULASI AWAL


Soalan

SAYA sudah berumah tangga dan mengalami masalah ejakulasi awal. Apabila bersama isteri, ejakulasi berlaku dalam masa tidak sampai seminit.

Benarkah penggunaan gambir Sarawak dapat membantu masalah ini? Jika boleh digunakan, adakah ia memberi kesan sampingan?

BIE
Subang Jaya

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersetubuh dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi di samping dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi.

Teknik mengemut (seperti menahan membuang air besar atau kecil) juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Jika mahir dalam teknik ini, anda masih dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi.

Ada di kalangan mereka yang masih gagal menggunakan gel anaesthetic (hanya boleh dibeli dengan kebenaran doktor) untuk disapu pada penghujung zakar untuk mengebaskannya. Bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai kerana sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, ubat berkenaan perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, faraj pula menjadi kebas!

Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu pada penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk. Selepas beberapa minit, hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa.

Rasa tidak selesa itu kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa. Jadi apabila dimasukkan ke dalam faraj, sudah tentu dapat bertahan lama.

Bagaimanapun, sebelum itu gambir Sarawak perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, isteri terasa panas pada farajnya (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak mengandungi bahan itu).

Kesan sampingannya ialah kulit penghujung zakar akan menggelupas dan mungkin boleh melecet. Jika terkena faraj wanita, mungkin selepas bersetubuh dia mengipasnya pula!

Saya nasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara lebih mujarab dan tidak memerlukan penggunaan krim atau bahan pengebas.
http://sakit-tuan.blogspot.com

Diabetes dan mati pucuk

SAYA mengalami penyakit kencing manis sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini, saya diarahkan doktor menggunakan insulin dua kali sehari. Masalahnya, sejak dua tahun lalu, saya mengalami mati pucuk dan ia menjadi lebih serius sehingga alat kelamin saya terus tidak berfungsi.

MAT K
Seremban

Jawapan

MASALAH lemah tenaga batin, lemah syahwat atau dikenali 'Disfungsi Erektil' (DE), menjadi agenda utama jika masalah seksual lelaki dipertikaikan.

Dalam kajian dijalankan, kini dianggarkan 2.3 juta lelaki Malaysia mengalami masalah berkenaan dan sebilangan kecil yang tampil mendapatkan rawatan.

Kajian juga menunjukkan ramai lelaki yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit koronari dan sakit mental mengalami masalah itu.

Paling ketara di kalangan mereka menghidap penyakit kencing manis ialah perjalanan darah dan urat saraf tergendala untuk memantapkan fungsi ereksi zakar.
http://sakit-tuan.blogspot.com

Curang bukan punca penceraian


KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.

"Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Beliau berkata, menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Laporan itu, yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, meletakkan wanita Malaysia di tempat ketiga di dunia dalam isu wanita curang terhadap pasangan selepas Ghana sebanyak 62 peratus dan Thailand 59 peratus.

Noriah berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang
berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

"Bagi kes kaunseling pula menunjukkan punca utama perceraian disebabkan kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin, dan ia tiada kaitan dengan kes kecurangan," katanya.

Beliau juga berkata, kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian spesifik berhubung kesan media baharu terhadap institusi keluarga yang dijangka dilaksana tahun depan.

Menyifatkan pegangan agama dan didikan moral yang sempurna menjadi faktor utama kesejahteraan keluarga, Noriah berkata, hasil kajian itu kelak diharap berupaya menyediakan asas kukuh untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan membendung masalah kecurangan pasangan berkahwin. - Bernama

Zakar Lelaki Cepat Lemah, Cepat Lembik Dan Cepat Kendur

Faktor zakar lembik / lemah dan tidak bertenaga adalah berpunca dari saraf dan otot zakar terlalu lemah. Ini terjadi kerana, lelaki sering atau telalu banyak mengeluarkan air mani dalam satu masa tanpa berehat. Terdapat pelbagai faktor atau punca mengapa zakar lelaki menjadi lembik dan tidak bertenaga. Antara punca utama Zakar lembik dan kendur adalah :


Beronani

Onani atau ditakrifkan sebagai melancap [ onani ], suatu keadaan yang mesti dilalui oleh semua lelaki menjelang dewasa untuk melepaskan syahwat. Selain itu, melancap [ onani ] juga boleh mengakibatkan kehilangan tenaga, zat dan nutrien dari tubuh.

Ada pelbagai alasan mengapa melancap [ onani ] tidak sihat, salah satunya ialah Foot Reflexology. Adakah anda kenal dengan sistem urat saraf tapak kaki tersebut?. Jika anda sudah kenal, bermakna anda tahu bahawa bahagian tapak kaki mengandungi dan meridian urat saraf yang dapat menghubungkan dengan pelbagai bahagian badan. Adakah anda tahu anda akan dapat memberi tenaga kepada organ berkaitan dengan hanya mengurut tapak kaki. Untuk pengetahuan anda, bukan tapak kaki sahaja yang ada takat reflexology yang berkaitan dengan organ tetapi zakar juga ada.

Zon jantung zakar @ kepala zakar adalah tempat yang paling mudah dan paling sensitif dirangsang untuk mencapai nikmat orgasma. Sewaktu melancap [ onani ] zon beginilah yang paling mudah mendapat rangsangan jika dibandingkan dengan zon-zon lain. Bermakna rangsangan yang banyak ke atas organ berkenaan, jantung, ketidakseimbangan jantung akan disebarkan oleh tenaga dalaman.


Blowjob Atau Menghisap Zakar

Ade satu kisah mengenai sepasang suami isteri dimana si suami mengalami satu masalah iaitu serangan penyakit jantung. Lalu pasangan suami isteri tersebut menemui pakar tetapi pasangan tersebut dihantar ke hospital secara langsung lalu dia dihantar pulang kerana setelah semasa kakitangan memeriksa, mereka merasakan tiada apa-apa salah dengan si suami tersebut. Pasangan tersebut merasakan sesuatu yang tidak kena. Lalu mereka menemui pakar tersebut untuk mendapatkan penyelesaian masalah tersebut.

pakar pun terus bertanya kepada mereka tentang serangan sakit jantung, iaitu jam berapa serangan itu terjadi dan apa yang mereka lakukan semasa serangan itu terjadi. Mereka menjawab bahawa ia terjadi dalam pukul 9 malam dan mereka juga memberitahu pakar tersebut bahawa mereka sedang berasmara berkali-kali pada waktu itu.

“Bagaimana cara anda berasmara”? tanya pakar tersebut. Pasangan tersebut berpendapat mereka tidak perlu memberitahu secara terperinci dan hanya menjawab bahawa mereka hanyalah bersetubuh ( Untuk pengetahuan anda, perasaan mego dan malu akan sentiasa menyukarkan proses pemulihan kesihatan ). Lalu pakar itu menjelaskan bahawa die mesti mengetahui sebenar-benarnya bagaimana mereka berasmara, pada mulanya wanita itu agak segan dan malu. Setelah ditekan dan didesak oleh pakar itu sehingga wanita tersebut menggelabah, wanita itu akhirnya mengakui hal sebenar bahawa dia melakukan aktiviti menghisap dan menjilat kepala zakar lalu tiba-tiba satu serangan iaitu serangan penyakit jantung menyerang suaminya.

pakar itu menjelaskan kelemahan daripada menghisap kepala zakar, wanita itu telah merangsang paru-paru dan jantung suaminya. Rangsangan seperti itu telah melepasi had yang boleh dikendalikan si suami dan pakar tersebut menasihati supaya jangan mengulangi lagi.

Rupa-rupanya, serangan sakit jantung yang disangkakan itu adalah tidak benar tetapi adalah degupan yang dilajukan oleh urutan reflexology dimana ketika itu si isteri menghisap dan menjilat kepala zakar suaminya itu. Kesan ketidakseimbangan pada atas organ yang berkenaan ialah paru-paru dan jantung.

Rangsangan zakar perlulah seimbang dan sangat bahaya jika ia tidak diseimbangkan. Jangan menggunakan rangsangan sangat banyak di zakar dan peliharakan keseimbangannya. Setiap orang pasti berbeza, anda mestilah tahu apakah jumlah ransangan yang baik untuk anda supaya tidak berlaku ransangan terlalu banyak.

Jangan melancap [ onani ] dengan secara yang tidak dapat dikawal, ia dapat menjadi sesuatu yang sangat bahaya. Semasa melancap [ onani ] kebanyakan lelaki lebih tertumpu pada kawasan khusus zakar, kawasan ini yang ada kebanyakan erotogenic. Lelaki ini juga merangsang hanya sesetengah tempat di badan sahaja dengan melalui rangsangan yang mana tumpuannya pada satu zon tertentu reflexology.

Semasa melancap [ onani ], perhatian kepada seluruh kepala, zakar dan batang harus diberikan. Keseimbangan yang diberikan semasa melancap [ onani ] dpat menghidari dari merosakkan tubung, kecuali jika mengeluarkan mani.

Apabila air mani dikeluarkan, tenaga, bahan penting, dan nutrien akan hilang. Sangat merbahaya jika mengeluarkan mani secara berlebihan. Dengan kehilangan begitu banyak tenaga, anda tidak akan dapat kekal sihat dan risiko untuk mati awal.

Ramai yang tidak perasan kesan daripada melancap [ onani ] berlebihan dapat memendekkan jangka hayat. melancap [ onani ] adalah satu kenyataan saintifik dan mesti difahami dengan matang.

Cara untuk membezakan lelaki yang melancap [ onani ] berlebihan dengan lelaki yang melancap [ onani ] secara teratur adalah dengan membezakan warna kulit mereka, lelaki yang melancap [ onani ] berlebihan biasanya warnanya sangat pudar. Kesan akibat kehabisan tenaga, mata mereka sering malap, pendapat mereka amat perlahan dan kurang cita-cita serta selalu tertekan akibatnya melancap [ onani ] secara berlebihan.

Berdasarkan cerita nenek moyang, kehilangan ingatan, kebutaan dan masalah akal akibat daripada melancap [ onani ]. Kehilangan tenaga batin yang banyak dapat melejaskan kelenjar pituitary dimana bersangkut paut dengan fungsi ingatan dan menjejaskan kadar metabolism dan edaran darah akibat kelemahan tubuh dalam dan luaran.

Kesan Onani Pada Kesihatan Lelaki Dan Perempuan - Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika korang biasa dengan Foot Reflexology, korang akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Korang juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, korang dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.

Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology zakar:


Zon jantung zakar – kepala zakar – adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon-zon lain. Ini bermakan rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.

Melancap: Wanita

Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita. Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam (mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam ) Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.

Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung, suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok (atau dalam buku Permata Yang Hilang – di sebut makam yang lima itu).

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seksual, di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu per satu tubuh!!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki mahupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang, iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.

Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit, mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi. Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

Jadi jika pasangan korang berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet – barangkali kekerapan melancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah korang “merawat” pasangan korang itu!!!

Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid. – Mytabloid

RAWATAN TENAGA BATIN UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN (SHAH ALAM) - 
0176227204 DR WAN SHURI (PENGAMAL PERUBATAN ALTERNATIF)



http://penpatah.blogspot.com/2012/10/kesan-onani-pada-kesihatan-lelaki-dan.html

RISIKO MATI PUCUK DAN LEMAH SYAHWAT



Ramai lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.

Ia berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.

Lebih membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya perceraian pada malam pertama perkahwinan.

Akibat tidak mampu memuaskan nafsu isteri, ada yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan seks dan video lucah ketika melakukan hubungan kelamin dan lebih parah, ada yang sanggup membenarkan rakan memuaskan nafsu isterinya sambil dia menyaksikannya.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata dia menerima sekurang-kurangnya 20 pesakit, 40 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lebih 120 panggilan telefon setiap bulan daripada lelaki yang berdepan masalah membabitkan lemah syahwat.

Menurutnya, lelaki bermasalah itu bukan saja golongan berkahwin tapi ramai juga yang bujang, termasuk yang membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Ramai lelaki mengalami lemah syahwat akibat terlalu lama bergelumang dengan seks bebas. Ini menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik pada malam pertama, biarpun berasakan diri penuh pengalaman.

“Ini kerana ‘seruan malam pertama’ berlainan. Jika gagal melakukan penetrasi, tidak mustahil mereka kecundang dalam cubaan seterusnya,” katanya.

Dr Ismail berkata, di kalangan lelaki yang sudah lama berkahwin pula, ada yang memendam masalah lemah tenaga batin yang mereka alami untuk tempoh terlalu lama sehingga merosakkan rumah tangga masing-masing.

“Ia perkara serius tetapi biasanya individu yang berdepan masalah terbabit sanggup datang selepas lama ‘menderita’, menyebabkan masa berharga terbuang begitu saja,” katanya.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Ummul Khanna Mohd Nor, 63, atau lebih dikenali sebagai Bonda, secara purata dia dikunjungi hampir 40 lelaki setiap bulan, yang hampir semuanya mengadu mengalami masalah lemah tenaga batin.

Dia yang berpengalaman 36 tahun dalam bidang urutan tenaga batin berkata, biarpun dia turut berkepakaran memberi rawatan kepada wanita yang menghadapi masalah seksual, sebahagian besar yang mengunjunginya adalah lelaki.

“Rumusan saya, ramai lelaki hari ini terbabit dengan aktiviti seksual sejak remaja. Contoh paling mudah ialah melakukan onani.

“Saya pernah didatangi seorang remaja belasan tahun yang menanggung derita apabila darah keluar dari zakarnya akibat terputus urat saraf. Puncanya, dia mengaku melakukan onani sejak usia lapan tahun.

“Dalam kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami mati pucuk. Apabila saya tanya, dia mengaku melakukan onani sehingga lima atau enam kali sehari sejak usianya akil baligh,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Bonda berkata, dia mengkategorikan masalah pesakit kepada empat tahap iaitu pra kritikal yang masih boleh berfungsi tetapi cepat klimaks; kritikal (ada masa boleh berfungsi dan ada ketika tidak); kritikal parah (tidak boleh melakukan hubungan kelamin kerana zakar tiada ereksi) dan mati pucuk.

Sehubungan itu, Bonda menasihatkan remaja supaya memahami kesan buruk akibat memuaskan nafsu sendiri dengan pelbagai cara terlarang.

“Sebenarnya, masyarakat kita kurang ilmu mengenai masalah seksual dan ia sukar dibincangkan kerana malu. Jadi saya berharap remaja mengetahui kesan sampingan akibat perbuatan yang hanya seronok sementara berbanding kesengsaraan berpanjangan,” katanya.

Bonda berkata, pesakit terbarunya ialah lelaki berusia 25 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

Katanya, lelaki itu mengalami masalah alat sulitnya lembik. Selepas diselidik, lelaki yang berkerjaya profesional itu mengaku suka melakukan onani di dalam bilik sambil melayari laman web lucah.

“Sebelum ini seorang pemuda dari Kedah gemar mengunjungi pusat urut yang menawarkan seks oral sejak usianya 20 tahun. Akibatnya dia hampir mati pucuk ketika usia 27 tahun,” katanya.

Menurut Bonda, tindakan memuaskan nafsu dengan cara onani, oral seks atau melakukan hubungan songsang sebenarnya mengundang padah dan kesengsaraan berbanding kenikmatan sementara.

“Sebenarnya onani merosakkan urat saraf dan ini banyak saya temui berlaku pada pesakit saya. Apabila melakukan onani, tangan yang kasar menarik kulit atas dan bawah dan ini menyebabkan struktur kulit longgar atau kendur.

“Ada kulit pesakit saya hampir menutup kepala zakarnya dan menyebabkan ia tidak boleh menegang dengan baik,” katanya.

Bonda berkata, seks oral dan hubungan songsang juga dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman daripada air liur selain ketagih sehingga menyebabkan dengan cara itu saja seseorang mendapat kepuasan.

“Pada usia remaja, golongan ini seronok melakukan pelbagai cara untuk memuaskan nafsu tetapi selepas berkahwin alat sulitnya gagal berfungsi, malah ada yang baru hendak mula, sudah keluar air mani.

“Banyak juga kes diterima di mana suami tidak mampu memuaskan nafsu isteri, malah ada yang tergamak menggunakan khidmat rakan untuk memuaskan isterinya sambil dia jadi penonton.

“Ada juga suami hanya bergantung kepada video lucah untuk menaikkan nafsunya baru boleh melakukan hubungan kelamin dan lebih parah lagi, ada isteri minta cerai apabila suami cepat klimaks,” katanya.

Menurut Bonda, untuk setiap pesakit yang mendapatkan rawatannya, dia menggunakan lima kaedah sebelum memberi rawatan khusus.

“Rawatan bagi masalah batin yang kronik perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali. Pada kali pertama, saya periksa tekanan darah, prostat dan abdomen sambil menyelami punca masalah.

“Selepas itu saya jalankan rawatan mengurut seluruh badan untuk melancarkan perjalanan darah. Kemudian periksa tekanan darah di kelenjar paha, sama ada stabil atau tidak. Jika ada masalah, saya akan betulkan urat saraf dan akhirnya rawatan khusus,” katanya.

Sumber : Metro Ahad

Terdapat 4 jenis mati pucuk



Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :

A. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

B. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

C. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

D. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Ini pula tanda-tanda awal Lemah tenaga batin, ketika melakukan persetubuhan ialah :

1. lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.

2. Ereksi yang tidak betul-betul keras [tegar] kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI – gagal membuat tusukan ke dalam faraj.

3. Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama

4. gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks

5. Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat

6. kencing yang tidak tus, tidak puas dan menyimpan sisa

7. zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence

8. tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks

9. Kelemahan seksual Lelaki adalah lebih ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.

http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/09/19/tanda-tanda-lelaki-mengalami-mati-pucuk/

LELAKI DAN SEKS



EGO serta malu berterus-terang mengenai isu 'dalam seluar' menjadi punca segelintir lelaki memilih jalan sendiri mengatasi masalah sakit tuan atau konflik dalam hubungan kelamin. Bagi lelaki yang tidak berfikir panjang, jalan penyelesaian mudah tentunya tonik, ubat kuat dan peralatan khusus di pasaran - yang kononnya mampu meningkatkan prestasi lelaki di ranjang.
Selain itu, ada juga lelaki tidak tahu pada siapa atau institusi mana yang boleh dikunjungi untuk berbicara soal seks termasuk bertanya perihal sakit tuan dan hubungan kelamin. Jika adapun hasrat menemui doktor di hospital kerajaan, niat terbantut apabila memikirkan perlu berdepan ramai orang - daripada jururawat, pesakit dan orang awam yang memenuhi ruang menunggu tanpa mengira waktu. Atas kesedaran ini, Unit Urologi, Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah ketuanya iaitu Perunding Urologi, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di pusat perubatan itu.
Beroperasi sejak 2005, Klinik Kesihatan Lelaki mendapat sambutan menggalakkan dari kaum lelaki seluruh negara. Malah, wanita tidak ketinggalan berkunjung ke klinik ini untuk berkongsi masalah yang dihadapi bersama suami. Ada wanita datang berteman, tidak kurang juga datang bersendirian kerana suami malu berkongsi cerita dalam kelambu. Bersama Kolum Tanya Pakar, ikuti temu bual bersama perunding kesihatan jejaka XY - Ikon Lelaki, Dr Zulkifli mengenai Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM serta pelbagai isu membabitkan kesihatan pemilik kromosom XY ini. Boleh Dr Zulkifli ceritakan sejarah penubuhan Klinik Kesihatan Lelaki dan faktor mendorong pentadbiran Pusat Perubatan UKM menyediakan kemudahan khusus seumpama ini untuk lelaki? Klinik ini dibuka pada 2005. Pada mulanya, kita melihat lelaki di Malaysia tidak tahu di mana tempat mereka boleh mengemukakan kemusykilan atau sebarang pertanyaan mengenai seks dan sakit tuan.
Malah, hingga hari ini kita lihat masih ada lelaki tidak tahu pada siapa atau tempat mana harus dituju untuk mereka berkongsi masalah kesihatan lelaki. Disebabkan itulah, klinik khusus untuk lelaki ini dibuka sejak empat tahun lalu. Apakah klinik khusus untuk lelaki ini yang pertama seumpamanya dibuka di hospital kerajaan di Malaysia? Apa keistimewaan klinik ini? Saya fikir ini antara klinik terawal yang dibangunkan khusus untuk lelaki dan menawarkan perkhidmatan serta rawatan mengatasi sakit tuan atau sebarang isu yang membabitkan soal kelakian dan hubungan kelamin. Apa yang membezakan klinik ini daripada kemudahan lain ialah kita menawarkan privasi 100 peratus kepada pesakit. Kita juga didatangi wanita atau isteri yang mahu berkongsi masalah dihadapi pasangannya atau suami. Bagaimana pesakit dilayan di klinik ini? Kita sediakan khidmat dan rawatan secara eksklusif dan privasi di klinik ini. Dalam hal ini, pesakit tidak perlu mendapat surat rujukan dari klinik am sebaliknya mereka hanya perlu menghubungi klinik dan tetapkan tarikh temu janji dengan doktor pakar. Jadi, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah menelefon dan tentukan tarikh temu janji. Ini menjimatkan banyak masa selain pesakit tidak perlu bertemu ramai orang atau menunggu terlalu lama di ruang menanti. Klinik ini memang dibuka dalam persekitaran kondusif tanpa gangguan... Anda tidak akan melihat jururawat berkeliaran di sana-sini. Doktor juga melayan pesakit dengan baik dan bersikap terbuka. Apa yang penting, kita perlu raih kepercayaan dan keyakinan pesakit. Kita juga tidak mengehadkan tempoh setiap sesi rundingan dan rawatan. Untuk makluman, klinik ini dibuka setiap Selasa mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang. Klinik ini mempunyai tiga doktor pakar dan empat pegawai perubatan selain saya sendiri yang bertindak sebagai pakar perunding. Bagaimana sambutan orang ramai terutama kaum lelaki terhadap klinik ini? Cukup menggalakkan... Selain lelaki, ada juga kaum ibu yang menghubungi klinik dan membuat temu janji. Tetapi mereka datang bersendirian, bukan ditemani suami. Tetapi kita minta mereka datang bersama suami kerana klinik ini adalah klinik lelaki dan merekalah yang akan diperiksa. Kita galakkan pasangan suami isteri datang bersama kerana dalam memberi rawatan, maklum balas kedua-dua pihak amat penting dalam menentukan kaedah rawatan yang diberi berkesan. Jadi lebih ramai pesakit datang bersendirian di klinik ini walaupun sebenarnya ia membabitkan masalah mereka berdua atau pasangan? Kita perhatikan, hampir 95 peratus pesakit yang mahu mendapatkan nasihat dan rawatan di klinik ini datang bersendirian. Kita galakkan mereka datang bersama pasangan. Kita perhatikan ada lelaki tidak mahu berkongsi masalah atau isu yang dihadapi dengan isteri. Ada juga lelaki enggan beritahu isteri soal rawatan yang sedang diterima. Sedangkan maklum balas atau pandangan dari isteri penting dalam memastikan rawatan berkesan. Lazimnya apa yang dimaklumkan kepada kepada pesakit yang datang bersendirian? Apabila individu datang mendapatkan nasihat termasuk mereka yang tampil bagi pihak suami, sudah tentu kita mendengar masalah yang dihadapinya dari sebelah pihak. Tetapi untuk temu janji susulan atau seterusnya, kita mahu mereka datang berdua iaitu bersama suami atau pasangan masing-masing untuk memastikan rawatan diberi berkesan. Ini kerana kita mahu melihat bagaimana respons isteri atau maklum balas isteri terhadap rawatan... Ini kerana ada kes di mana isteri tidak suka dengan rawatan diberi. Ini boleh membawa kepada masalah atau salah faham antara mereka. Mengikut pemerhatian doktor, apa punca sebenarnya suami tidak mahu datang ditemani isteri bagi mendapatkan rawatan? Mengikut pemerhatian saya, ada lelaki malu dan tidak mahu isteri tahu masalah dihadapinya. Baginya, ini mungkin soal ego. Segelintir lelaki cenderung tidak berkongsi masalah yang dihadapi dengan sesiapa, lebih-lebih lagi masalah sulit seperti sakit tuan dan kelakian diri. Namun, ada juga lelaki yang tampil ke klinik ini kerana didesak oleh isteri. Lelaki sebegini selalu menerima teguran dan rungutan daripada isteri hingga mendorong beliau mencari jalan mengatasi masalah bilik tidur yang dihadapi mereka. Kelompok usia lelaki bagaimanakah yang sering datang ke klinik ini untuk mendapatkan nasihat mengenai sakit tuan? Pelbagai peringkat usia... Daripada remaja belasan tahun hingga warga tua atau emas yang melewati usia 88 tahun. Pesakit ini datang atas pelbagai masalah dihadapi. Ada juga pasangan melewati usia 60-an datang dan berkongsi masalah. Golongan seperti ini saya lihat berfikiran terbuka dan tidak malu berkongsi masalah kerana menyedari ia untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Ada juga warga tua yang datang untuk memeriksa tahap kemampuan diri kerana berhasrat mendirikan rumah tangga sekali lagi. Boleh doktor jelaskan jenis masalah sakit tuan yang sering dikemukakan kumpulan usia muda? Bagi pesakit usia muda iaitu dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, perkara yang sering dibangkitkan ialah soal prestasi ketika melakukan hubungan seks dan soal kebimbangan atau anxiety melakukannya. Dalam kelompok usia begini, kita juga menerima pesakit yang menghadapi masalah psychogenic sexual disorder, erektil disfungsi (ED), tekanan, kebimbangan ketika melakukan hubungan seks dan masalah gaya hidup seperti ketagih alkohol yang boleh memberi kesan dalam hubungan bilik tidur. Secara purata, 90 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik ini menghadapi masalah ED. Manakala selebihnya termasuk lima peratus membabitkan masalah pancutan pra matang serta isu-isu lain. Nampaknya masalah ED paling banyak dikemukakan pesakit anda? Ya... Masalah ED ini berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuk gaya hidup. Perlu saya tekankan, rundingan dan rawatan terhadap ED ini membolehkan pesakit mendapat tahu status kesihatan dirinya. Ini kerana kita juga akan menyemak kadar kolesterol atau memeriksa sama ada pesakit menghidap kencing manis atau masalah jantung. Andai kita mengesan pesakit menghadapi masalah selain ED atau isu sakit tuan lain, kita akan merujuk pesakit terbabit kepada pakar berkenaan. Komen doktor terhadap kecenderungan lelaki mendapatkan ubat tepi jalan atau gajet tertentu yang dikatakan dapat mengembalikan kelakian atau menjamin hubungan bilik tidur yang hangat? Pertamanya, cetek pengetahuan dan lambakan ubat, tonik dan perkakasan yang dikatakan boleh mengembalikan kejantanan menjadi punca ramai lelaki terdorong ‘mengubat’ sendiri masalah sakit tuan. Bagi segelintir lelaki, soal seks hanyalah soal penetrasi dan persoalan tertumpu pada hakikat apakah mereka mampu melakukan penetrasi hebat. Lelaki begini tidak melihat seks dari aspek keseluruhan atau merasa enjoy dengan seks dalam erti kata sebenarnya. Apabila mereka tidak mencapai kenikmatan, lelaki seperti ini cenderung meninjau produk di pasaran termasuk yang dijual di tepi jalan. Ubat seperti ini tidak sepatutnya diambil kerana kita tidak tahu kandungannya. Kadang-kadang ubat seperti ini mengandungi sedikit streroid dan bahan toksid yang boleh memudaratkan badan. Ini pasti memberi kesan kepada buah pinggang dan hati. Ada juga lelaki cenderung mendapatkan rawatan batin melalui urutan zakar. Kita pernah melihat bagaimana amalan ini mendatangkan komplikasi apabila ia membengkak akibat kesan urutan salah. Dalam hal ini, lebih baik bagi lelaki mendapatkan rawatan moden yang terbukti selamat dan berkesan. Bagaimana pula tabiat segelintir lelaki menambah gelang atau ketulan seperti bebola atau ball bearing dalam zakar untuk menambah keseronokan? Banyak ditemui kes di mana proses memasukkan alat ini pada zakar tidak dilakukan secara bersih atau bebas kuman. Akibatnya, berlaku infeksi atau jangkitan kuman pada zakar hingga perlu menjalani pembedahan untuk membuang alat yang dimasukkan tadi. Seperkara lagi, ada lelaki begitu obses mendapatkan zakar panjang hingga berlaku komplikasi apabila silikon berlebihan dimasukkan hingga zakar membesar hingga hilang bentuk atau distorted. Boleh doktor berkongsi kes pelik yang pernah dirujuk kepada anda? Saya pernah menemui pesakit yang lebih puas melakukan onani dalam keadaan kering berbanding melakukan hubungan seks bersama isteri. Ada juga pesakit mengaku tertekan kerana mempunyai keinginan kuat melakukan seks bersama anak perempuan sendiri. Selain itu, ada juga kes botol kaca tersumbat pada batang zakar dan zakar luka akibat digigit biawak. Semua ini dirawat dan bagi kes membabitkan psikologi dan orientasi luar tabii termasuk hubungan sesama jenis misalnya, kita rujuk pesakit kepada pakar psikitari. Nasihat doktor kepada kaum lelaki mengenai penjagaan kesihatan dan seks? Saya fikir kaum lelaki perlu mula menjaga kesihatan diri dari peringkat awal... Ini saya lihat semakin ramai kaum lelaki sudah mula mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri. Selain itu, ada banyak pusat atau kemudahan seperti klinik kesihatan ini yang boleh dituju jika kaum lelaki menghadapi masalah. Seperkara lagi, usah percaya kepada ubat yang dijual di tepi jalan, anda hanya membuang duit. Lebih baik bertemu pakar jika menghadapi sebarang masalah. Kaum lelaki juga perlu memilih gaya hidup sihat, lakukan senaman dan jadilah pasangan seks yang hebat. Seks bukanlah soal penetrasi semata-mata sebaliknya lelaki juga perlu percaya kepuasan pasangan penting untuk memperoleh seks seimbang.
http://arromziinfosihat.blogspot.com/2009/08/tanyapakar-lelaki-masalah-seks-oleh.html