Sunday, November 4, 2012

KAEDAH RAWATAN PERUBATAN ELEKTRONIK


Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.

Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.

Allah S.W.T. yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri di bawah pengawasan CNS.

Namun, disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan yang bertoksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tubuh serta sensitiviti CNS berkurangan.

Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang menyebabkan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.

Perubatan Elektronik yang berasaskan teknologi gelombang (hf) dan kod gelombang tertentu dengan pelbagai potensi bertindak melalui CNS bertujuan merawat, memenuhi dan mengimbangi semula segala keperluan untuk tubuh menjalani aktiviti biasanya serta dapat meningkatkan sistem imun bagi mewakili tenaga sesuatu jisim.
.
Kerana antara kelebihan Perubatan Elektronik ialah ia tidak menggunakan sebarang dadah, steroid, bahan toksik dan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
.

No comments:

Post a Comment