Sunday, November 4, 2012

PERUBATAN ELEKTRONIK | inovasi anak tempatan

Perubatan elektronik merupakan suatu kaedah perubatan alternatif yang menggunakan kod-kod tenaga gelombang sebagai asas kepada perawatan penyakit. Kaedah perubatan ini menjadikan ilmu sains fizik sebagai asas kajian yang disesuaikan dengan fitrah kejadian.
Kaedah perubatan ini berbeza dengan kaedah perubatan moden yang hanya menyentuh aspek biologi dan kimia, sedangkan setiap kejadian terdiri dari dua unsur (jisim dan gelombang) yang mempunyai hubungkait diantara satu sama lain. Kaedah perubatan ini juga mempunyai takrifan yang berbeza berkaitan konsep tenaga di mana tenaga boleh terhasil tanpa perlunya kehadiran jisim. konsep ini membolehkannya menghasilkan ubatan tanpa sebarang bahan kimia atau bahan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pesakit.
Kaedah perubatan elektronik yang diinovasikan Prof. Dr. Amir Hamzah Abdul Hamid, seorang doktor perubatan alternatif telah mula menunjukkan perkembangan yang menggalakan. Berikut merupakan maklumat berkaitan kaedah perubatan elektronik.

Kebaikan Perubatan Elektronik
  1. Bebas dari sebarang pengaruh bahan kimia atau bahan berbahaya.
  2. Berkesan serta selamat.
  3. Berkeupayaan meningkatkan tenaga penawar tanpa sebarang penambahan terhadap dos yang menyebabkan berlakunya kesan sampingan.
  4. Rawatan secara menyeluruh (gejala dan punca).
  5. Mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan import.
  6. Mengurangkan pengaliran keluar wang negara.\
  7. Membantu mengembalikan fahaman terhadap fitrah kejadian.
Maklumat Perkembangan
  1. Perubatan Elektronik telah didaftarkan sebagai kaedah perubatan alternatif oleh World Congress for Alternative Medicine di bawah seliaan World Health Organization (WHO).
  2. Pendaftaran Faculty of Electronic Medication oleh The Open International University of Complimentary Medicine.
  3. Pengwujudan Majlis Perubatan Elektronik Malaysia (MPEM) sebagai pengawalan pengamal.
  4. Pengwujudan 40 buah rangkaian klinik Perubatan Elektronik diseluruh negara.
  5. Prof. Amir Hamzah Abdul Hamid dilantik sebagai Persoanl Physician kepada The First Lady of Sudan.

No comments:

Post a Comment