Wednesday, November 21, 2012

kelenjar tiroid.


Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.

* Pentingnya keseimbangan dalam badan. Semua hal, perkara mesti berada pada keseimbangan kalau terlebih masalah, kalau kurang pun masalah. Antara medium bagi mengawal keseimbangan dalam badan adalah air. Air..air..air, itulah hakikatnya. Manusia dijadikan dari air. Jadi,  minumlah air secukup mungkin.

No comments:

Post a Comment