Sunday, November 4, 2012

Pusat perubatan elektronik


Falsafah Perubatan Elektronik

Kelahiran perubatan elektronik merupakan kesinambungan terhadap kajian ilmu sains fizik yang terbukti mempunyai hubungan secara langsung dengan kehidupan alam semula jadi. Fizik adalah pengajian terhadap peraturan dan fenomena alam semula jadi. Oleh kerana manusia merupakan sebahagian daripada komponen alam ini, maka sudah pasti aplikasi sains fizik kepada dunia perubatan dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Kaedah perubatan yang tidak membawa fahaman fizik dalam pengamalannya bererti telah meninggalkan satu keperluan terbesar ke arah penyembuhan total terhadap pesakit. Hasilnya dunia perubatan semakin bertambah kompleks walaupun berbagai penemuan terbaru dari masa ke semasa dilaporkan. Malangnya, semua tumpuan serta kajian itu tertumpu kepada sumber yang berasaskan unsur jisim semata-mata. Sedangkan pesakit menjadi bahan kajian serta yang mahu dirawat itu tercipta dari dua unsur, iaitu unsur jasad (jisim) dan unsur roh (gelombang). Ilmu asas kedoktoran iaitu anatomi dan fisiology yang dihidangkan bagi melahirkan para perawat dan doktor selama ini gagal berfungsi kerana telah mengabaikan kajian terhadap kewujudan unsur gelombang (roh) dalam tubuh kasar manusia yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin kandungan. Kewujudan tenaga gelombang mengambil tugas deria kepada tubuh manusia yang membolehkan manusia mendengar melalui gelombang bunyi dan melihat melalui kehadiran gelombang cahaya . Tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Cahaya merupakan zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ianya bukan jisim tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang. Falsafah perubatan elektronik menegaskan bahawa segala kewujudan adalah berasaskan tenaga. Tenaga membawa erti keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dengan tenaga semua jisim bergerak, berkembang, bergetar.Nabi Adam a.s manusia pertama walaupun lengkap dan sempurna anatominya, terbujur kaku tidak bergerak serta tidak berfungsi seluruh sistem tubunya sehinggalah menerima tenaga asas iaitu roh. Begitulah juga dapat disaksikan sebuah telefon bimbit yang terdiri dari komponen beberapa jisim seperti logam, plastik dan lain-lain tidak dapat berfungsi dan gagal menerima pancaran gelombang tanpa kuasa bateri. Renungkan! untuk telefon bimbit itu berfungsi ianya memerlukan dua eleman penting iaitu menerima pancaran dari rangkaian pemancar dengan melalui media alam semula jadi ciptaan Tuhan. Bawalah kefahaman ini ke dalam teknologi kejadian manusia dan alam sejagat. Tuhan selaku empunya kepada tenaga mutlak dengan cahaya ilahinya telah menyinari segala kejadian makhluk ciptaannya. Fizik menjelaskan bagaimana radiasi dari tenaga fokal melahirkan tenaga spektra, propagasi atau penjelajahan gelombang dari satu arah ke suatu arah dengan kelajuan, jarak dan frekuensi tertentu bergantung kepada jumlah daya dengan menggunakan kiraan seperti newton, volt pada elektrik dan seumpamanya. Tenaga itu sendiri tidak dapat diterangkan tetapi daya yang terhasil daripadanya boleh dibandingkan dan disukat. Oleh itu, tenanga bukanlah suatu jisim dan tidak mempunyai rupa dan bentuk yang mampu kita melihatnya. Inilah tenaga gelombang yang menjadi asas kepada teknologi perubatan elektronik.Perubatan elektronik adalah satu aliran baru di dalam sains perubatan. Asas kefahaman terhadap teknologi perubatan elektronik ini ialah semua kehidupan dan kewujudan mestilah berada dalam keadaan keseimbangan. Tuhan menjadikan ciptaannya berpasangan dan berkembar. Siang malam, panjang pendek, lelaki perempuan, ubat penawar dan sebagainya. Semuanya mempunyai peranan dan sokong menyokong antara satu sama lain bagi tujuan keseimbangan dan keharmonian. Inilah yang dinamakan 0 mutlak (Absolute Zero), dan dilabelkan sebagai sihat. Segala sesuatu yang berjauhan darinya adalah tidak sihat. Semua ini dapat diterangkan dalam bentuk nombor dan angka. Bagaimana untuk mendapatkan status sihat dalam bentuk angka? Sebenarnya semua benda berada disekeliling kita bergerak dan bergetar. Gerakan dan getaran ini dinamakan simple harmonic motion yang mempunyai kelajuan, jarak gelombang dan kekerapan ulangan tersendiri. Berdasarkan hukum resonans yang mampu menyukat alunan bunyi gema dapat dikira kod-kod tertentu bagi penyakit organ dan sebagainya, bagi menwakili jisim tersebut dalam bentuk gelombang dan dengannya dibuat pengiraan kepada kod-kod tersebut untuk tujuan rawatan.

Mekanisma Rawatan Perubatan ElektronikDalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan. Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh. Tuhan yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri dibawah pengawasan CNS. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan toksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan, dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tibuh sertasensitiviti CNS berkurangan. Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang menyebabkan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.Perubatan elektronik yang berasaskan teknologi hf dengan kod gelombang tertentu dengan pelbagai potensi bertindak melalui CNS bertujuan merawat, memenuhi dan mengimbangi semula segala keperluan untuk tubuh menjalani aktiviti biasanya serta dapat meningkatkan sistem imun.Apa Itu Sakit?Semua kejadian harus berada di dalam keseimbangan yang ditakrifkan sebagai sihat, cantik, ceria dan sebagainya. Alam sekitar juga perlu berada di dalam keseimbangan dan semua kejadian mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan. Contohnya dalam proses pernafasan manusia mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida manakala tumbuh-tumbuhan mengambil karbon dioksid dan membebaskan oksigen bagi mengekalkan keseimbangan gas di dalam "atmosphere" . Pencemaran alam sekitar sering dikaitkan dengan aktiviti pembangunan yang membebaskan gas carbon monoxide dan penebangan hutan yang berleluasa menyebabkan keupayaan menukarkan gas karbon dioksidkepada oksigen semakin berkurangan. Ketidakseimbangan ini menunjukan bahawa alam sekitar juga sedang "sakit". Kesan dari ketidakseimbangan ini menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis dan mendedahkan hidupan kepada radiasi ultra violet (sinar UV). Aras laut menjadi semakin tinggi dan cuaca dunia menjadi semakin tidak menentu antara simptom kepada ketidakseimbangan ini. Sakit juga sering dikaitkan dengan bakteria, virus, parasit dan sebagainya. Persoalannya apakah benar penyataan bahawa agen-agen tersebut merupakan punca kepada sesuatu penyakit. Mengapa sesetengah orang tidak menghadapi masalah jangkitan bakteria yang menjadi punca kepada penyakit memandangkan terdapat 100 trilion bakteria yang wujud di dalam dan luar tubuh badan kita. Apakah benar bakteria, virus, parasit dan sebagainya adalah musuh kepada kita? Tidak, memandangkan tubuh badan kita juga memerlukan bantuan bakteria untuk melakukan proses penghadaman dan penyerapan tenaga oleh usus. Alam sekitar juga memerlukan peranan bakteria bagi membantu proses pereputan bagi mengimbangi ekosistem. Penyakit terhasil akibat dari kegagalan organ menjalankan fungsinya secara berkesan menyebabkan toksin yang terdapat di dalam badan tidak dapat dikeluarkan dari sistem tubuh. Kegagalan ini disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak bahan berbahaya samada melalui pemakanan, udara dan sebagainya yang melebihi dari kemampuan sistem tubuh melakukan detoksifikasi. Kandungan unsur berbahaya ini di dalam tubuh badan mengakibatkan sistem tubuh menjadi tidak seimbang secara tidak langsung membuka ruang kepada aktiviti agen pelerai seperti bakteria, virus, parasit, kulat dan sebagainya. Tindakbalas agen pelerai ini menyebabkan ia dianggap sebagai punca kepada sesuatu penyakit. Senario ini menunjukan semua unsur mempunyai peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah kejadiannya.Kenapa Kita Jatuh Sakit?Mengapa masih ada serangan penyakit sekiranya sistem imun berkemampuan untuk menghalang dari serangan dan jangkitan penyakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah atau gagal berfungsi dengan baik seperti:1.Faktor alam sekitarPenggunaan bahan kimia di dalam sektor pertanian seperti racun serangga umpamanya telah menyebabkan makanan menjadi tercemar dan menjejaskan sistem imun apabila memakannya. Radiasi ultra unggu (UV) dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan ozon yang berterusan. Kajian sainstis menunjukan 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan. Pembakaran bahan api ini menghasilkan bahan kimia yang sangat bertoksik seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs). Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur-unsur kimia yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dan sebagainya.2. Faktor genetik atau faktor keturunan.3. Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, "stress", emosi,kurang rehat dan sebagainya.4. Pemakanan yang tidak seimbang5. Rawatan perubatan yang menggunakan antibiotik, steroid, x-ray, vaksinasi dan seumpamanya telah memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.Aplikasi Konsep Tenaga Di Dalam Perubatan Elektronik.Aplikasi dan konsep teknologi perubatan elektronik boleh dijelaskan seperti berikut:1. Law of DynamismLaw of dynamism menjelaskan bahawa semua jisim berada di dalam keadaan bergetar (dinamik). Getaran didalam jarak dan waktu tertentu dipanggil sebagai "simple harmonic motion". Getaran tenaga gelombang ini boleh direkodkan bagi mewakili tenaga sesuatu jisim.2. Pengkodan tenaga gelombangTenaga gelombang sesuatu jisim boleh direkodkan secara digital dengan menggunakan teknologi "resonance". Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana tenaga gelombang sesuatu jisim direkodkan. Penggunaan teknologi perubatan elektronik ini membolehkan tenaga dihasilkan tanpa perlu menggunakan sebarang jisim. Tenaga gelombang ini juga boleh diperkuatkan berjuta kali ganda atau dimusnahkan tanpa melibatkan sebarang penggunaan jisim.3. MekanismaKonsep teknologi ini mempunyai persamaan dengan teknologi gelombang radio. Pemancar radio akan menghantar gelombang manakala set radio atau television yang bertindak sebagai penerima akan mengubah tenaga gelombang kepada suara atau imej yang dapat kita lihat dan dengar. Di dalam perubatan elektronik tenaga gelombang ini digunakan melalui dua cara iaitu:1 - Constructive Wave Interference2 - Destructive Wave Interferencei. Constructive Wave InterferenceKaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemampuan sesuatu tenaga gelombang. Ia digunakan untuk merangsangkan fungsi organ atau merangsangkan tenaga vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan atau apa jua tenaga yang diperlukan. Proses peningkatan tenaga gelombang melalui kaedah "constructive wave interference" ditunjukan seperti gambarajah di bawah.Contoh :AC mewakili tenaga gelombang buah pinggang yang lemah.BC mewakili tenaga gelombang "artificial" buah pinggang.Pertembungan dua tenaga gelombang ini akan menghasilkan tenaga gelombang yang mempunyai "amplitude" yang lebih besar.BC - AC = 0ii. Destructive Wave InterferenceKaedah ini digunakan bagi menghilangkan sesuatu tenaga gelombang, contohnya digunakan bagi merawat penyakit. Pertembungan secara "destructive wave interference" ditunjukan seperti gambarajah di bawah.Contoh :AC mewakili tenaga gelombang penyakitBC mewakili tenaga gelombang penyakit "artificial"Pertembungan dua tenaga gelombang ini akan mBC - AC = 1/2 liii. Law Of Superposition (Aggravation)Pertembungan dua tenaga gelombang akan menyebabkan berlakunya "amplitude" terhadap tenaga gelombang tersebut. Proses ini dikenali juga sebagai "super position" atau pada peringkat awal sebelum proses penyembuhan berlaku. Gambarajah di bawah menunjukan proses berlakunya "aggravation" . Gambarajah diatas menunjukkan proses pertembungan dua gelombang sebelum "resultant wave". Pertembungan gelombang A dan B pada titik T menyebabkan menghilangkan tenaga gelombang. "healing crisis" yang berlaku "amplitude"nya bertambah tinggi. Kawasan TC menunjukkan kawasan '"healing crisis" dimana rasa sakit akan bertambah sedikit sebelum gelombang penyakit tersebut hilang seperti yang ditunjukkan di kawasan selepas titik C yang membawa maksud sembuh. Semua proses penyembuhan akan melalui proses ini, kadar pertambahan rasa sakit bergantung kepada keadaan sesuatu penyakit. Pesakit dinasihatkan meneruskan pengambilan ubat mengikut dos dan kekerapan yang disyorkan dan banyakkan meminum air bagi memastikan proses "healing crisis" berlaku dengan cepat. Tindakan menghentikan pengambilan ubat menyebabkan proses penyembuhan juga akan terhenti. Sekiranya kesan "aggravation" agak kuat, boleh kurangkan dos tetapi dengan kekerapan yang sama.Kestabilan Tenaga Gelombang-Elakkan disimpan ditempat yang mempunyai medan magnet yang tinggi.-Jangan panaskan ( didihkan ).-Elakkan disimpan ditempat yang terdedah kepada pancaran matahari yang terikApa itu 'Potential Difference' ?“Potential Difference merupakan beza antara tekanan iaitu di antara tekanan tinggi dan tekanan rendah. Beza antara ini akan menyebabkan tenaga yang diperlukan sahaja yang akan diambil oleh sistem tubuh.Contoh persamaan :Apabila kita memilih siaran TV3, berlakunya beza antara bagi membolehkan gelombang TV3 sahaja yang diterima, bukannya jutaan gelombang yang lain.Apa itu 'Aggravation' ?Merupakan sebahagian dari proses penyembuhan. Pertembungan dua tenaga gelombang (penyakit & penawar) menyebabkan “amplitude” gelombang menjadi bertambah besar ( sakit bertambah sedikit ) Proses ini hanya bersifat jangka pendek. Teruskan pengambilan produk dan banyakkan meminum ECPI Water untuk mempercepatkan proses tersebut.Apakah Bakteria & Virus Bahaya ?Terdapat 100 trillion bakteria yang hidup disekeliling dan didalam tubuh badan kita. Ia tidak merbahaya kepada tubuh badan yang sihat tetapi sangat bahaya kepada tubuh badan yang lemah. Pemakanan, pencemaran dan gaya hidup merupakan antara punca yang menyebabkan sistem tubuh menjadi lemah dan terdedah kepada ancaman penyakit.Apakah 'Central Nerves System' ?Sistem saraf pusat yang bertindak mentadbir dan mengawal tubuh badan daripada sebarangketidakseimbangan. Mengwujudkan simptom sebagai indikasi ketidakseimbangan.Contoh : Rasa pening kepala disebabkan berlakunya “electrolyte imbalance” (kekurangan air di dalam badan).Benarkah Perubatan Kimia Dapat Menyembuh Penyakit Dengan Cepat ?Rasa sakit merupakan indikasi kepada ketidakseimbangan yang berlaku di dalam tubuh badan. Pengunaan bahan kimia telah menghalang “central nerves system” daripada mengesan masalah tersebut sekaligus menghilangkan indikasi “rasa sakit”. Akibatnya punca masalah tidak dirawat dan akan menjadi lebih kronik dalam jangka panjang.Benarkah Ubat Berasaskan Herba Selamat ?Bukan semua unsur yang terdapat di dalam herba baik untuk kesihatan. Walau pun jumlahnya adalah kecil dan tidak merbahaya berbanding unsur yang baik tetapi penggunaannya secara berterusan atau penggunaan dengan dos yang tinggi juga boleh mendatangkan kesan yang negatif.Memahami Proses Penyembuhan Teknologi hf (Gelombang).Memahami cara penyembuhan teknologi hf adalah amat penting difahami oleh pengguna produk. Walaubagaimanapun, keadaan setiap individu berbeza bergantung kepada tahap penyakit, tenaga serta kekerapan tubuh menerima kaedah rawatan pembenaman terhadap simptom dan tanda serta rasa sakit sahaja. Proses penyembuhan bermula apabila fikiran menjadi semakin tenang, walaupun berlaku kemelaratan kepada fizikal. Kemelaratan yang bersifat sementara ini menunjukkan pembongkaran penyakit mula bergerak ke arah penyembuhan. Arah penyembuhan berlaku seperti berikut :Dari atas ke bawah :Selepas menggunakan produk, berkemungkinan timbulnya rasa sakit pada bahu akan menurun ke lengan seterusnya ke tangan. Ataupun dari pinggang turun ke kaki.Dari dalam keluar :Keluarnya bintik-bintik dikulit, kadang-kadang diikuti rasa gatal, kencing bertambah banyak ataupun kepadatan gejala-gejala keluar hingus yang melampau. Ini menunjukkan tubuh sedang bekerja secara semula jadi mengeluarkan penyakit yang menyerang organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang dan lain kepada organ-organ yang kurang penting seperti air kencing, kulit dan lain-lain. Gejala-gejala akan hilang menurut keterbalikan cara datangnya (undur) :Contohnya : penyakit seperti campak – bermula dengan batuk, kemudian keluar bintik-bintik ruam, tetapi penyembuhannya berlaku pada bintik-bintik ruam dahulu dan kehilangan batuk kemudian. Dalam penyakit idapan (kronik) – penyembuhannya akan berlaku menurut keterbalikan cara datangnya (undur) dan pesakit akan mengalami sekali lagi pelbagai penyakit yang pernah diidapnya hingga ianya sampai kepada keadaan di mana penyakitnya bermula.Kaedah “Damping Off”Pesakit tidak menyedari tindak balas yang berlaku terhadap dirinya. Melalui kaedah perubatan elektronik ini aliran tenaga bergerak dari arah bertentangan sehingga terhasilnya keseimbangan.


LINK VIDEO


1 comment: